Laporan Lawatan
Silatulrahim SK. Sama Gagah
ke Rumah Warga emas
Pada
tarikh 2 Oktober 2015 (Jumaat ) telah diadakan satu lawatan silatulrahim ke rumah
(warga emas) disekitar Kampong Sama Gagah. Lawatan ini telah di anjurkan
oleh unit HEM SK. Sama Gagah bahagian warga emas bersama program silatulrahim
pasca UPSR untuk murid Tahun 6.
Lawatan ini juga telah mendapat
sokongan bersama dari AJK PIBG SK. Sama Gagah.
Lawatan ini telah disertai seramai 14 orang murid Tahun 6
lelaki dan perempuan. Turut serta dalam lawatan ialah seramai 6 orang guru yang
terdiri dari PK Pentadbiran, PK. HEM, PK KO-KO, Bendahari PIBG dan dua orang
guru pengiring . Juga turut serta Pengerusi dan 2 orang AJK PIBG SK. Sama
Gagah. Sebanyak 3 buah rumah yang ada
warga emas telah dipilih oleh penel PIBG.
Sebelum bertolak ahli rombongan
disajikan jamuan nasi lemak dan teh O. Murid telah diberikan taklimat ringkas
tentang ciri keselamatan dan matlamat lawatan oleh PK Hem. Para ahli rombongan
telah bertolak dari perkarangan sekolah
pada jam 8.00 pagi dan telah tiba di destinasi pertama pada pukul 8.30
pagi. Puan Sabariah bt. Taib warga emas berumur 72 tahun. Warga emas ini
merupakan nenek Mohamad Hakim murid tahun 6. Tinggal bersama anak perempaun.
Seterusnya lebih kurang pukul 9.30 pagi kami meneruskan kunjungan kerumah warga
emas kedua iaitu rumah Puan Azizah bt. Othman berusia 74 tahun. Lebih mesra dengan
panggilan Tok Ndak. Beliau juga dijaga oleh anak lelaki nombor 3. Akhir sekali
tepat jam 10.30 pagi, kami mengakhiri
ziarah ukuwah kami di rumah Puan Aminah bt. Hasan berusia 78 tahun. Tinggal
bersama anak saudara beliau. Mesra dengan panggilan Tok Ngah.
Kunjungan ini membawa bersama
hamper sebagai sumbangan ikhlas yang telah disampaikan pada semua rumah warga
emas. Juga disampaikan sumbangan wang hasil sumbangan ikhlas guru-guru SK. Sama
Gagah. Kami juga disajikan dengan jamuan yang cukup meninggalkan kenangan.
Murid tahun 6 diarahkan menemuramah serta beramah mesra dengan setiap warga emas yang dikunjungi. Inilah
matlamat utama kunjungan silatulrahim tersebut.
Ahli rombongan selamat sampai dipekerangan sekolah tepat jam 11.35 pagi.
Sesungguhnya program ziarah silaturrahim ini Berjaya memberikan ilmiah pada
peserta dan menjadi pedoman dan ilmu masa akan datang.
Disediakan
oleh ,
......................................
(TN.
HJ. KARIM ISHAK)
Setiausaha
program.