Isnin, 17 Ogos 2015

ENGLISH WEEK


17 OGOS 2015 - Alhamdulillah... Program Minggu Bahasa Inggeris yang dirancang telah bermula hari ini dengan jayanya. Guru- guru Bahasa Inggeris bekerjasama melancarkan Minggu Bahasa Inggeris semasa perhimpunan mingguan pagi tadi. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh En Ahmad Azahar bin Shaharudin, Guru Besar SK Sama Gagah.


Program yang dijalankan pada hari ini ialah "Sentences Construction". Tahniah kepada murid yang terlibat malah tahniah serta jutaan terima kasih kepada guru-guru yang merancang dan melaksanakan Minggu Bahasa Inggeris 2015 kali ini. 

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS



Alhamdulillah... Majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid LINUS tahun 1 hingga 3 telah dijalankan dengan tujuan untuk ibu bapa lebih prihatin dan mengambil berat prestasi anak mereka.Di samping itu, ini merupakan usaha yang dirancang oleh pihak sekolah bagi membuktikan bahawa guru-guru sedaya upaya ingin membantu murid-murid ini. Idea yang dicetus oleh Guru Besar sendiri iaitu En Ahmad Azahar Bin Shaharudin diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...