Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Konsep pendidikan prasekolah
Merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaraan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal
Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah sekurang-kurangnya
tiga jam sehari selama lima hari dalam seminggu.Aktiviti Pendidikan Prasekolah
mengambil kira peruntukan yang ditetapkan dalam
Seksyen 17 dan 23 Akta Pendidikan (1996)
AKTIVITI
|
MASA
|
Rutin pagi
|
10 minit
|
Perbualan pagi
|
20 minit
|
Permainan luar
|
20 minit
|
Aktiviti kumpulan
|
60 minit
|
Rehat
|
30 minit
|
Aktiviti kelas
|
30 minit
|
Penutup
|
10 minit
|
Jumlah
|
180 minit
|
Susunan aktiviti dan peruntukan masa adalah fleksibel
AKTIVITI PRA 2015
AKTIVITI PRA SK SAMA GAGAH
LAWATAN KE ZOO DAN MUZIUM TAIPING