Sejajar
dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap
dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Sama Gagah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka
cipta.
|
Sedang menjalankan eksperimen |
Antara
objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru
daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan
tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya
saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
|
Murid berupaya mengendalikan eksperimen |
Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan
produk tempatan yang bermutu dan bersih melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas
mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
|
Sabun Teja yang dihasilkan murid bersama label rekaan |
|
Siti sarah, murid tahun 5 yang merupakan Setiausaha Murid Bagi Projek Inovasi berusaha menyiapkan buku log |
Daripada
tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak sabun yang mempunyai kandungan bahan
kimia yang tinggi dalam pasaran berbanding Sabun Gagah yang dihasilkan. Keadaan
ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat penyakit
kulit atau keracunan makanan. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk
memilih jenis sabun yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping
mampu untuk menghasilkan sendiri sabun yang bermutu berasaskan bahan mentah
asli.
|
PK Kokurikulum, En Ally Basira Bin Mohd Khalil juga mencuba untuk menghasilkan Sabun Teja
|
|
Buku Log yang dihasilkan oleh murid sepanjang Projek Inovasi berjalan |