Selasa, 18 Ogos 2015
Isnin, 17 Ogos 2015
ENGLISH WEEK
17 OGOS 2015 - Alhamdulillah... Program Minggu Bahasa Inggeris yang dirancang telah bermula hari ini dengan jayanya. Guru- guru Bahasa Inggeris bekerjasama melancarkan Minggu Bahasa Inggeris semasa perhimpunan mingguan pagi tadi. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh En Ahmad Azahar bin Shaharudin, Guru Besar SK Sama Gagah.
Program yang dijalankan pada hari ini ialah "Sentences Construction". Tahniah kepada murid yang terlibat malah tahniah serta jutaan terima kasih kepada guru-guru yang merancang dan melaksanakan Minggu Bahasa Inggeris 2015 kali ini.
PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS
Alhamdulillah... Majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid LINUS tahun 1 hingga 3 telah dijalankan dengan tujuan untuk ibu bapa lebih prihatin dan mengambil berat prestasi anak mereka.Di samping itu, ini merupakan usaha yang dirancang oleh pihak sekolah bagi membuktikan bahawa guru-guru sedaya upaya ingin membantu murid-murid ini. Idea yang dicetus oleh Guru Besar sendiri iaitu En Ahmad Azahar Bin Shaharudin diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Sabtu, 15 Ogos 2015
LATIHAN OLAHRAGA DAERAH KERIAN
15 Ogos 2015 - Pada Kejohanan Olahraga Daerah iaitu 3-6 Mac 2015 yang lalu, Muhammad Amar Bin Mohamad Azman murid tahun 5 telah memenangi 2 emas bagi acara 100 m dan 200 m sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan daerah bagi kategori bawah 11 tahun. Maka pada hari ini, adik Muhammad Amar dipilih menjalani latihan di SMK Kuala Kurau. Latihan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari. Terima kasih kepada Ustazah Rozana yang bertindak sebagai guru pengiring membawa Amar hari ini.
PERTANDINGAN IHTIFAL JQAF DAERAH KERIAN
Semasa pertandingan Peringkat Zon Semanggol |
Persiapan ke Pertandingan Ihtifal JQAF Daerah Kerian |
Jumaat, 14 Ogos 2015
JAMUAN SEMPENA PERPISAHAN DAN PERSARAAN
14 OGOS 2015 - Majlis ini diadakan di Restoran Oasis,Taiping sebuah restoran menyajikan nasi arab. Alhamdulillah... Rezeki dapat makan kambing hari ini. Majlis diadakan sempena persaraan En Abdul Wahab bin Ismail, Tukang Kebun SKSG yang bersara bulan lalu, perpindahan Ustazah Fadzilah bt Ramli yang bertukar ke SK Kg Dew dan perpindahan Pn Norain, pembantu tadbir SKSG yang bertukar ke Petaling Jaya. Apa pun moga kalian berbahagia dan berjaya
Guru Besar SKSG, En Ahmad Azahar turut hadir |
Guru-guru dan staf yang turut memeriahkan majlis |
Pn Norain menerima hadiah |
Nasi Arab yang dihidangkan |
LINUS
Kelas Pn Saodah Bt Mohamed, Guru Matematik Tahap 1 menjalankan program LINUS 2.0. |
Muhammad Arif Fadli sedang menjalankan aktiviti penambahan dalam subjek Matematik Tahun 2 |
Murid tahun 1 bermain dengan kotak nombor |
Zulaika, murid tahun 2 menyusun kad nombor |
Alif Izni juga salah seorang murid LINUS tahun 2 sibuk mencari jawapan Matematik |
PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN 2015
Sejajar
dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu
diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap
dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Sama Gagah untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka
cipta.
Sedang menjalankan eksperimen |
Antara
objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis.
2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru
daripada pelbagai sumber.
3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan
tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya
saing.
4. Melahirkan para usahawan muda.
Murid berupaya mengendalikan eksperimen |
Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan
produk tempatan yang bermutu dan bersih melalui aktiviti persatuan.
2. Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan kepada murid .
3. Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.
4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas
mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Sabun Teja yang dihasilkan murid bersama label rekaan |
Siti sarah, murid tahun 5 yang merupakan Setiausaha Murid Bagi Projek Inovasi berusaha menyiapkan buku log |
Daripada
tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak sabun yang mempunyai kandungan bahan
kimia yang tinggi dalam pasaran berbanding Sabun Gagah yang dihasilkan. Keadaan
ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat penyakit
kulit atau keracunan makanan. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk
memilih jenis sabun yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping
mampu untuk menghasilkan sendiri sabun yang bermutu berasaskan bahan mentah
asli.
PK Kokurikulum, En Ally Basira Bin Mohd Khalil juga mencuba untuk menghasilkan Sabun Teja |
Buku Log yang dihasilkan oleh murid sepanjang Projek Inovasi berjalan |
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 2015
3 OGOS 2015- Program Motivasi Tahun 6 telah dijalankan melibatkan juga ibu bapa Tahun 6 dan Guru-guru Tahun 6. Ceramah dan motivasi disampaikan oleh En Mazlan Bin Haji Ahmad, PK HEM SK Taiping. Ceramah dan Motivasi yang disampaikan amat memberi kesan kepada murid sehingga ada yang mengalirkan air mata. Tahniah atas penganjuran program ini dan didoakan agar murid tahun 6 dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR akan tiba ini.
HARI BERTEMU WARIS TAHUN 1-6
2 JULAI 2015 - Merupakan Hari Bertemu Waris di mana pihak sekolah menyerahkan laporan dan kad kemajuan Peperiksaan Pertengahan Murid kepada ibu bapa. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan iaitu 78 / 91 orang. Majlis dimulakan dengan perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 pada pukul 10 pagi dengan sedikit pesanan daripada En Ahmad Azahar Bin Shaharudin, Guru Besar SK Sama Gagah. kemudian Penyerahan laporan bagi murid tahun 1 hingga 5 dijalankan di kelas masing-masing bermula pada pukul 11 pagi.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
18 MEI 2015 - Majlis Sambutan Hari Guru telah dijalankan bagi menghargai guru-guru SK Sama Gagah. Majlis berlangsung dengan meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran AJK PIBG yang turut memberi sokongan terhadap pihak sekolah. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Angkat sekolah iaitu En Khairul Anwar Bin Mahat, Pegawai Fasilinus Daerah Kerian. Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar.
NAMA
PROGRAM
|
MAJLIS
BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KERIAN
|
TARIKH
|
26
MEI 2015
|
MASA
|
3.30
PTG – 5.30 PTG
|
TEMPAT
|
MASJID
KUBU GAJAH, SEMANGGOL
|
JUMLAH
KEHADIRAN
|
TETAMU
KHAS/ PPD / PKG - 19 ORANG
SEKOLAH
MENENGAH - 41 ORANG
SEKOLAH
RENDAH - 100 ORANG
JUMLAH : 160 ORANG
|
ATUR
CARA MAJLIS
|
RUJUK
BROSUR DI LAMPIRAN
|
NAMA
PERASMI
|
YB.
DATO’ SHAM BIN MAT SAHAT
|
- Menerima
surat arahan menjadi pengerusi pengelola pertandingan.
- Membuat
mesyuarat penyelarasan dalaman kali pertama pada 7 Mei 2015 dipengerusikan
oleh En Nordin Bin Shaafie, Guru Besar Sk Sama Gagah.
- Mewujudkan
jawatankuasa kerja. (Rujuk bahagian
senarai Jawatankuasa Kerja)
- PK 1
dan PK kokurikulum mengadakan lawatan ke Masjid Kubu Gajah, Semanggol pada
14 Mei 2015.
- Guru
Besar menghadiri mesyuarat seperti yang diarahkan PPD.
- Mengadakan
mesyuarat penyelarasan akhir dalaman kali kedua bersama jawatankuasa kerja
pertandingan pada 25 Mei 2015 dipengerusikan oleh En Ahmad Azahar Bin
Shaharudin, Guru Besar Baharu SK Sama Gagah.
- Menghubungi
pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan pertandingan.
- Menyiapkan
tempat pertandingan.
- Mengambil
data kehadiran tetamu kehormat, PPD, PKG, guru sekolah menengah dan guru
sekolah rendah.
- Memantau
makan dan minum tetamu jemputan, guru pengiring dan jawatankuasa terlibat.
- Menyelaras satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kerian.
HARI PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6
12 MAC 2015 - Satu perjumpaan ibu bapa tahun 6 telah diadakan di Dewan Cempaka SK Sama Gagah dengan kehadiran 12 orang ibu bapa daripada 14 orang jumlah keseluruhannya. Aturcara majlis adalah seperti berikut:
12.30 - Kehadiran murid-murid dan ibu bapa.
12.35 - Pendaftaran
12.40 - Ibu bapa dan murid bersama pentadbir
sekolah
- Penyerahan
dokumen
- Taklimat perancangan persediaan
UPSR 2015
- Sesi penerarangan guru mata
pelajaran
2.30 - Bersurai
KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH
3 MAC - 5 MAC 2015 - Kejohanan Olahraga Sekolah Daerah Kerian 2015 telah diadakan di Kolej Vokasional Kerian melibatkan 6 orang murid SK Sama Gagah. Kejayaan yang dicapai amat membanggakan apabila SK Sama Gagah berjaya mendapat Emas bagi acara 100 m dan 200 m Kategori lelaki bawah 11 tahun dan sekali gus Muhammad Amar Bin Mohamad Azman menjadi Olahragawan Daerah Kerian bagi Kategori bawah 11 tahun. Sekalung tahniah diucapkan.
KEJAYAAN MTQ 2015
Tahniah kepada geng-geng MTQ yang berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama sekolah.
Peringkat Zon Semanggol :
JOHAN
TILAWAH (P)
JOHAN TILAWAH (L)
NAIB
JOHAN BERCERITA (L)JOHAN TILAWAH (L)
JOHAN KESELURUHAN PERINGKAT ZON
Peringkat Daerah Kerian :
JOHAN TILAWAH (L)
JOHAN BERCERITA (L)
JOHAN KESELURUHAN PERINGKAT DAERAH
Peringkat Negeri Perak :
JOHAN BERCERITA (L)
Peringkat Kebangsaan :
TEMPAT KEEMPAT BERCERITA (L)
KEM KEPIMPINAN 2015
24 JANUARI 2015 - Kem Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Aturcara kem adalah seperti berikut:
8.00 PG PENDAFTARAN PESERTA
8.30 PG UCAPAN PERASMIAN
9.00 PG ICE BREAKING
9.30 PG CERAMAH KEPIMPINAN
10.30 PG REHAT
11.00 PG LDK
12.00
T/H BERSURAI
TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 2015
30 APRIL 2015 - Temasya Olahraga Tahunan 2015 telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Sama Gagah dengan penuh gilang gemilang. Majlis dirasmikan oleh En Abd Muhaimin Bin Abd Rahman Nazri, Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai dan Majlis Penutupan dirasmikan oleh En Yeop Bin Bakri, ketua kampung Tebuk Haji Dollah, Semanggol.
Program yang dirancang
telah berjalan dengan lancar.
HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 / TAHUN 2015
NAMA
PROGRAM
|
HARI
PENDAFTARAN TAHUN 1
|
TARIKH
|
31
DISEMBER 2014
|
MASA
|
8.30
PAGI – 11 .00 PAGI
|
TEMPAT
|
DEWAN
SEKOLAH DAN KELAS TAHUN 1
|
JUMLAH
KEHADIRAN
|
16
/ 16 ORANG PENJAGA
|
ATUR
CARA MAJLIS
|
8.00 - Kehadiran murid-murid dan ibu bapa.
8.30 - Taklimat ringkas oleh Guru Kelas Tahun 1
- Pemberian buku teks
9.00 - Ibu bapa bersama pentadbir sekolah
- Ujian
Diaognostik
10.30
- Bersurai
|
Langgan:
Catatan (Atom)