Sabtu, 31 Disember 2011

~Salam Tahun Baru 2012 dan Selamat Kembali ke Sekolah~






Selamat kembali ke sekolah warga SKSG. Moga sesi persekolahan kali ini lebih cemerlang, gemilang dan terbilang malah banyak lagi kejayaan bakal dilakarkan. Insyaallah.

Rabu, 28 Disember 2011

~Sekitar Mesyuarat Guru Kali Pertama 2012~

Hari ini 28 Disember 2011 telah diadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama bertempat di bilik muzik SKSG bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang. Berbagai agenda dijalankan termasuk mengalu-alukan kehadiran Cikgu Said Bin Ishak yang bertukar ke SK Sama Gagah untuk tahun depan. Beliau merupakan guru SK Tebuk Panchur sebelum ini. Moga kehadiran cikgu dapat meningkatkan lagi prestasi SK Sama Gagah ini. Pelbagai pesanan dan hala tuju ditetapkan untuk tahun 2012. Semoga 2012 yang akan tiba beberapa hari lagi akan memberi sinar baru untuk SK Sama Gagah.

Semasa sesi mesyuarat dijalankan.

 Makan-makan selepas mesyuarat.

Kusyuk guru menyalin maklumat-maklumat penting.

  
Slide yang disediakan memudahkan sesi mesyuarat berlangsung.

Muka-muka ceria guru-guru SKSG

Rambutan pun ada... :)

Sedap betul bihun sup... :)

Khamis, 22 Disember 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan 2012



Rumusan Taklimat KSSR dan PBS Untuk Guru Besar Negeri Perak 2011

Suatu Rumusan Taklimat telah diterbitkan oleh pihak Sektor Pengurusan Penilaian & Peperiksaan, JPN Perak selepas berakhirnya siri taklimat pendedahan KSSR & PBS kepada semua Guru Besar negeri Perak. Bahan tersebut boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi JPN Perak atau Klik Di Sini.



Perkara yang perlu diambil perhatian.

BUKU PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DI SEKOLAH RENDAH.


Untuk makluman Tuan/Puan buku berkenaan telahpun diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Buku ini merupakan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Semoga dengan adanya buku ini dapat membantu semua pihak khususnya pentadbir sekolah rendah berhubung dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 

Untuk muat turun buku Pengurusan dan Pengendalian PBS ini sila Klik Di Sini.

Sekian terima kasih. 

Rabu, 21 Disember 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia.
Untuk maklumat lanjut sila Klik di sini atau sebarang pertanyaan berkenaan SBPA sila ajukan kepada sbpa@jpa.gov.my 

Makluman Semua Tuan Guru Besar 

Sila kembalikan dokumen-dokumen Ke PPD Kerian seperti berikut : 
  •  2 Salinan borang opsyen - dibindingkan (Fotostat satu salinan untuk simpanan sekolah. 
  •  2 salinan borang opsyen persaraan - dibindingkan (fotostat 1 salinan untuk simpanan sekolah. 
  •  1 salinan Borang maklumat tidak Menerima Tawaran Opsyen 
  •  1 salinan Lampiran C- Borang Maklumat Tawaran Opsyen 
  •  1 Salinan senarai nama pegawai dan staf. 

***** Sila kembalikan dokumen-dokumen tersebut pada 22.12.2011 (UP: UNIT PENTADBIRAN) 
Sekian terima kasih.


Selasa, 20 Disember 2011

Standard Guru Malaysia

Sukacita dimaklumkan pihak BPG sedang melaksanakan penarafan kendiri semua warga pendidik dengan menggunakan instrumen SGM. 

Sehubungan itu, diminta semua warga pendidik daerah Kerian untuk menjawab item-item dalam instrumen itu. Kerjasama dari semua pihak sangat diharapkan bagi menjayakan usaha melahirkan guru-guru yang berkualiti. 

Tempoh pengoperasian ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2011. Maklumat dan instrumen SGM dalam talian boleh dicapai menerusi URL : http://apps.moe.gov.my/sgm 

Di atas segala kerjasama tuan/puan berikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Paparan seperti berikut akan dipaparkan. sila daftar pengguna.

Ahad, 4 Disember 2011

~NOSTALGIA SEPANJANG 2011~

Sebahagian kenangan sepanjang 2011 yang dilakar bersama. Semoga 2011 yang hampir berlalu sentiasa menjadi kenangan dan 2012 yang bakal tiba disambut dengan penuh semangat untuk meneruskan perjuangan dan sesi persekolahan.


Guru Besar SKSG bersama perasmi semasa Mesyuarat Agung 2011.



Perarakan kompang semasa majlis Maulidur Rasul 2011.


Murid-murid SKSG yang segak bergaya semasa Majlis Maulidur Rasul.



Antara hasil kreatif murid-murid.


Mesyuarat Agung PIBG berlangsung.


Gelagat guru semasa Sambutan Hari Guru.


Larian 1 Murid 1 Sukan.


Murid-murid bersama guru bergambar kenangan semasa Larian 1 Murid 1 Sukan.


Cikgu Azlan, Cikgu Jismi, Guru Besar(Cikgu Nordin) dan Cikgu Hashim bersemangat semasa Larian 1 Murid 1 Sukan... 


Pasukan Kompang Sekolah ke Peringkat Negeri.


Tahniah Pasukan Kompang Sekolah ke Peringkat Negeri.


Hari Sukan Sekolah 2011.


Lintas Hormat semasa hari Sukan 2011.


Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan.


Bergambar kenangan semasa Majlis Persaraan Cikgu Rosle di Club House Bukit Merah Laketown Resort.


Guru-guru berdedikasi.


Perkhemahan Unit Beruniform sekolah.



Lawatan Sekolah ke KLIA.


Sarapan pagi di rumah mak Cikgu Liza di Melaka semasa lawatan kami ke Melaka.


Lawatan ke Melaka-Putrajaya-KL


Seindah Kata

Berlabuh tirai 2011 pergi
Meninggal kita sepi
2012 bakal menanti
Melonjak riang rasa hati.
Kenangan lama muncul kembali
Mengingat kita apa telah terjadi
Yang baik jadi pegangan hari-hari
Yang buruk jadi ingatan diri.
Salam sahabat penyeri
Mari kita sama berbakti
Tambah keikhlasan diri
Majukan anak pertiwi.
Moga murid kita menjadi
Bangga SKSG lahir pemuda pemudi
Tonggak tiang seri
Maju bangsa maju negara ini.



Sabtu, 3 Disember 2011

KATA- KATA ALUAN

SK Sama Gagah, merupakan sebuah sekolah yang istimewa walaupun lokasinya berada di tengah-tengah kawasan sawah padi. Namun, SK Sama Gagah mula dikenali di Daerah Kerian dan Negeri Perak amnya kerana ianya mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Persekitaran yang mendamaikan, masyarakat setempat yang prihatin dan kakitangan SKSG yang mesra pelanggan.

SK Sama Gagah, mempunyai guru berdedikasi seramai 19 orang, kakitangan bukan guru yang berwibawa seramai 7 orang dan bilangan pelajar seramai 154 orang. Tonggak kecemerlangan sekolah adalah kerjasama yang jitu dari semua pihak termasuk guru-guru, kakitangan sekolah, dan juga sokongan dan dokongan yang kuat dari PIBG dan masyarakat setempat.

Moga SKSG terus unggul di persada PENDIDIKAN negara.

Guru Besar SKSG
En Nordin Bin Shaafie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...