Isnin, 30 Julai 2012

Menyahut Kempen Guru Penyayang

Ustazah Fadzilah sedang memberi nasihat...

Pn Harliza bersama anak-anak angkatnya...

Apa yang dibincangkan bersama ayah angkat En Said...

Pn Zaiton bersama anak-anak angkat...senyummmmm!!!

Terbaik anak-anak bersama ayah angkat En Jismi

En hashim bersama anak-anak...

Sporting En Osman bersama anak-anak angkatnya...

Puan Izmira dan anak-anak...

En Azahar dan anak buahnya...

Tazkirah sepanjang Ramadhan



PELANCARAN IHYA' RAMADHAN

20 Julai 2012 telah diadakan Pelancaran Ihya' Ramadhan bertempat di Dewan SK Sama Gagah. Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pn Rozana dan diikuti ucapan perasmian Tn Guru Besar, En Nordin Bin Shaafie. Program disambung dengan Ceramah Ramadhan yang disampaikan ole Pn Izmira Bt Idris. Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan lebih bermakna.









Selasa, 17 Julai 2012

Pemantauan JPN Perak ke SK Sama Gagah

17 Julai 2012 - Pemantauan JPN ke SK Sama Gagah bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. Sesi perbincangan dibuat di Bilikm Gerakan. Kami warga SK Sama Gagah mengalu-alukan kehadiran tuan. Selamat Datang.

Fail untuk disemak

Tuan JPN bersama Guru Besar

Slaid Persembahan

Pencatat- Ustazah Fadzilah

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

14-15 Julai 2012- Telah diadakan perkhemahan gabungan unit beruniform peringkat sekolah yang bertempat di SK Sama Gagah dengan peserta seramai 70 orang murid dan penglibatan semua guru. Kem Komandan program ini ialah En Ismail bin Yahya. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri, mempamerkan sikap kepimpinan, memantapkan disiplin peserta dan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah. Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh anda semua. tahniah atas penganjuran program ini.










Peperiksaan Percubaan

11-13 Julai - Peperiksaan Percubaan UPSR tahun 6. Semoga dapat menjawab dengan cemerlang.





Khamis, 12 Julai 2012

Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pendaftran Murid

Guru Besar dan PK Kokurikulum

Buat jangan tak buat

Semangat cikgu man ni.. =)

Cikgu-cikgu lelaki yang sporting

Ketawa besar cikgu-cikgu ni....

Murid dan guru sama lakukan senam robik...

Tarik nafas.... lepas......

Ke kiri........

Hahhhh.... gaya apa pula ni....

Peserta-peserta senam robik....=)

Cikgu Zaiton dan Pengusaha kantin menyediakan minuman murid.



10 Julai 2112 - satu catatan sejarah dilakukan.. Senam robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia... Tahniah atas penganjuran ini.

Isnin, 9 Julai 2012

Budi Disanjung... Tahniah...


Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.

Peristiwa Penting Minggu Ini

 
10 Julai 2012 - Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

 
11 -13 Julai 2012 - Peperiksaan Percubaan UPSR

 
13 -14 Julai 2012 - Perkhemahan Unit Beruniform



Semoga semua majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang diberikan. Semoga SK Sama Gagah terus gemilang hendaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...