Sabtu, 18 Februari 2012

~Kejohanan Sepak Takraw Kelompok 7 Kerian~

Kejohanan Sepak Takraw Kelompok 7 Kerian telah diadakan di SK Sama Gagah pada hari ini iaitu 18 Februari 2012 dengan jayanya. Kemenangan johan kelompok ialah berpihak pada SK Sama Gagah. Tahniah diucapkan.


Penyerahan wang.


Jadual pertandingan.


Panaskan badan sebelum permainan sebenar.


SK Kampung Dew.


SK Kuala Gula.


SK Sama Gagah.


Barisan pegawai pertandingan.


SK Dato' Alauddin.


SK Sri Pinang.


Ustaz Hafiz sedang memberi arahan dan taklimat akhir kepada pemain.


Sabar menanti.


Johan Kelompok 7.


Pengacara Majlis.


Bergaya sakan.


Penentuan permulaan


Anak-anak yang gagah. Tahniah...


Penyokong cilik yang hadir.


Sesi pertandingan berlangsung.

Tahniah pemain-pemain sepak takraw SK Sama Gagah kerana berjaya menjadi Johan Kelompok 7. Tidak kita sangka namun kita percaya walau murid kita sedikit namun kita mampu berdiri sama gagah dengan sekolah-sekolah lain. Semoga bukan setakat ini kejayaan kita tetapi lebih lagi selepas ini. Insyaallah.

~Sambutan Maulidur Rasul~

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 17 Februari 2012. Sambutan yang meriah dan dipenuhi pelbagai aktiviti seperti perarakan dan ceramah untuk pengisian sambutan kali ini. Semoga kita sama-sama memperingati dan memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.... Amin...


Sesi taklimat awal.



Hasil kerja murid tahun 1.



Hasil kerja murid perempuan tahun 2.

Hasil kerja murid lelaki tahun 2.



Hasil kerja murid tahun 3.

Hasil kerja murid tahun 4.



Hasil kerja murid lelaki tahun 5.

Hasil kerja murid perempuan tahun 5.

Guru-guru memerhatikan murid-murid.

Ustazah Rozana dan Ustazah Fadzilah meneliti keputusan hakim.

Di dataran kejat.

Pasukan kompang sekolah.

Murid-murid mula berarak sambil berselawat.

Berkumpul di Masjid

Terima kasih kerana memberi murid SKSG minum dan makan kuih.

Anak-anak di depan Masjid Kg Sama Gagah.



Jawatankuasa Kampung Sama Gagah yang turut serta.

Isnin, 13 Februari 2012

~Motivasi - Mendidik Anak dari Perspektif Islam~

Jumaat 10 Februari 2012 yang lalu, SK Sama Gagah telah menjadi tempat berlangsungnya motivasi yang bertajuk "Mendidik Anak Dari Perspektif Islam. Seorang ustaz telah dijemput untuk memberikan ceramah. Motivasi ini dianjurkan bersama dengan JKKK Kampung Sama Gagah, PIBG dan SK Sama Gagah sendiri.

Majlis bermula pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11.10 malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kompang, tilawah al-Quran, berzanji dan nasyid sebagai selingan kepada ceramah motivasi tersebut. Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan kita semua. Insyaallah....






Selasa, 7 Februari 2012

~PROGRAM PENUTUR JATI (NATIVE SPEAKERS)~

Antara program kerajaan yang terkini bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia ialah program penutur jati (native speakers programme).Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Program ini menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris Tahap satu sebagai sasaran dan menjadi sebahagian kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru di sekolah. Kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan dibawa ke negara ini bagi membimbing pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

SK Sama Gagah pada tahun ini menerima kehadiran Mr Steve mengganti Miss Najat Oudi. Memantau En Hashim Hamdan dan En Zaharuddin Zahid Guru Bahasa Inggeris tahap 1. Jumaat 3 Februari Mr Steve telah datang memantau En Hashim Hamdan. 


Rabu, 1 Februari 2012

~Perlawanan Persahabatan Bola Baling~

Hari ini 1 Februari 2012, Rabu telah diadakan perlawanan bola baling persahabatan di SK Sama Gagah (SKSG). SKSG telah menjemput SK Tebuk Panchur (SKTP) dan SK Kampung Selamat (SKKS) untuk perlawanan persahabatan ini. SKTP telah membawa dua pasukan manakala SKSG dan SKKS masing-masing satu pasukan. Perlawanan berjalan dengan lancar dan meriah dengan sokongan dari penyokong masing-masing. Kehadiran ramai guru serta murid sekolah lain memeriahkan lagi suasana petang ini.


Permulaan Perlawanan

SK Sama Gagah dan SK Tebuk Panchur (Team A)

Cuba menghalang hantaran bola.

Ligat bermain.

SK Kampung Selamat dan SK Tebuk Panchur (Team B)

Cikgu Nor Hayati Bahsin

 Cikgu Hajar dan Cikgu Hafiza bersama pemain-pemain bola baling sekolah.

Terima kasih SK Tebuk Panchur dan SK Kampung Selamat atas kedatangan ke SK Sama Gagah. Semoga ikatan yang erat terjalin antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...