SEJARAH SEKOLAH

Kod Sekolah : ABA 3032


Gred / Lokasi Sekolah : Gred B / Luar bandar


Bilangan Guru : 21 orang


Bilangan kakitangan : 5 orang


Bilangan Murid : 140 orang


Bilangan Kelas : 6 kelas + 1 Pra sekolah


Kemudahan Fizikal : Bilik Pusat Sumber, Makmal Komputer, Bilik Sains, Bilik KH dan Bilik Pemulihan

SK Sama Gagah telah diasaskan pada tahun 1880. Pada mulanya ia terdiri daripada sebuah bangunan sementara yang dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Pada tahun 1885, sebuah bangunan sekolah telah didirikan oleh kerajaan yang mengandungi dua bilik darjah dan sebuah rumah guru yang ditandakan dengan nombor daftar PWD 365 dan PWD 464. Kedua-dua bangunan tersebut dibina daripada kayu dan didirikan di kawasan sawah padi.

Nama sekolah ini dinamakan sempena dengan nama sebuah kampung di mana ianya didirikan iaitu Kampung Sama Gagah. Sekolah ini terletak dalam mukim Selinsing, Daerah Kerian, Perak. Sekolah Kebangsaan Sama Gagah dikelilingi oleh empat buah kampung utama iaitu Kampung Sama Gagah, Kampung Lubuk Buntar, Kampung Tebuk Haji Dollah dan Kampung Telok.

Pada tahun 1969, sebuah bangunan separuh kekal telah didaftarkan sebagai PWD 931 telah dibina oleh kerajaan yang mengandungi 4 buah bilik darjah bagi menggantikan bangunan lama. Fungsinya sekarang diubah sebagai Dewan Sekolah yang diberi nama Dewan Cempakasari.

Pada tahun 1981, Kementerian Pelajaran telah membina sebuah kantin di atas tapak bangunan PWD 464 dan PWD 365.

Dalam tahun 1982 pula, kerajaan telah mendirikan 2 buah bangunan kekal dua tingkat berukuran 160 kaki x 25 kaki dan berukuran 120 kaki x 25 kaki yang bernilai RM 885 000.00. Bangunan ini lengkap dengan kemudahan seperti berikut:-
  • 8 Bilik Darjah
  • 1 Bilik Guru
  • 1 Pejabat
  • 1 Pusat Sumber
  • 2 Bilik Tandas Guru dan Murid
  • Kawasan sekolah yang berpagar
  • 1 Surau
  • 1 Bilik RTV
  • 4 Buah Stor
  • 1 Bilik Wudhuk
Keluasan kawasan sekolah dan padang pada masa sekarang adalah seluas 3 ekar 1 rod 36.832 pol. Pada tahun 2002, sebuah bangunan yang berfungsi sebaga astaka dn juga pondok bacaan telah didirikan berhampiran padang sekolah. Pada pertengahan 2003, bangunan makmal komputer telah siap dibina. Makmal komputer tersebut dibekalkan dengan 13 buah komputer. Akses internet pada awalnya sangat tidak memuaskan tetapi bertambah baik sekarang.

Pendapatan purata waris atau penjaga murid-murid sekolah ini adalah dalam lingkungan RM150 hingga RM450. Tahap pendidikan ibu bapa juga adalah rendah dan kemudahan carian ilmu seperti pusat tuisyen dan kedai buku atau majalah langsung tiada. namun ilmu mesti dicari dan dikuasai, kemajuan mesti dikecapi dan hidup mesti diteruskan maka SK Sama Gagah akan turut sama berlari mengejar arus kemajuan kerana murid dan gurunya perlu hebat segagah namanya.

LENCANA SEKOLAH




KUNING                           
Keamanan rakyat di bawah pemerintahan beraja.

BIRU                                  
Perpaduan rakyat di Malaysia.

PUTIH                                
Anak-anak suci, bersih dan bersedia menerima ilmu.

HITAM                               
Salah satu komponen warna bendera Negeri Perak.

BUKU                                 
Membaca adalah asas pencarian ilmu.

OBOR DAN 3 BULATAN
Menyemarakkan lagi semangat kesukanan.


PELAN  KAWASAN SEKOLAH SKSG








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...