Isnin, 13 Februari 2012

~Motivasi - Mendidik Anak dari Perspektif Islam~

Jumaat 10 Februari 2012 yang lalu, SK Sama Gagah telah menjadi tempat berlangsungnya motivasi yang bertajuk "Mendidik Anak Dari Perspektif Islam. Seorang ustaz telah dijemput untuk memberikan ceramah. Motivasi ini dianjurkan bersama dengan JKKK Kampung Sama Gagah, PIBG dan SK Sama Gagah sendiri.

Majlis bermula pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11.10 malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kompang, tilawah al-Quran, berzanji dan nasyid sebagai selingan kepada ceramah motivasi tersebut. Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan kita semua. Insyaallah....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...