Ahad, 18 November 2012

~Rombongan Sekolah 2012~

8 November 2012- Murid-murid SKSG bersama beberapa orang guru telah mengikuti rombongan ke Kedah Darul Aman... Banyak tempat telah dilawati. Tujuan utama adalah untuk memberi seribu pengalaman supaya murid merasai sendiri selain mengenali negeri Kedah melalui pembacaan sahaja selama ni...












~Hari Anugerah SKSG 2012~

~Perkhemahan Kem 1 Malaysia~

11-13 Oktober telah diadakan KEM 1Malaysia bertempat di Pusat Ko Kurikulum LMS di Sungai Siputeh, Rantau Panjang, Perak. Jurulatih Utama, Cik Siti Hajar telah membawa 8 orang murid tahun 6 terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Terdapat 9 buah sekolah lain yang turut menyertai perkhemahan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mendirikan khemah,ice breaking,  kuliah maghrib dan subuh, senam pagi, ikatan, mengikat rakit, "Body Floating", berakit sepanjang 6 km Sungai Bayor, aktiviti kumpulan, refleksi dan majlis penutupan perkhemahan. Semoga dengan adanya program ini, murid-murid mempelajari sesuatu dan beroleh manfaat untuk masa akan datang.














Jumaat, 5 Oktober 2012

Promosi KSSR


KSSR Tahun 3

Bulan Oktober sinonim dengan tugas guru untuk menghadiri pelbagai kursus sebagai pemantapan diri dan anak bangsa. Daerah Kerian telah mengadakan Kursus Penyebaran KSSR dan PBS Tahun 3 2012 bagi semua mata pelajaran bertempat sekitar daerah. Kursus sepanjang 4 hari diharap dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. saksikan video promosi KSSR.










Selasa, 2 Oktober 2012

~KSSR- Dunia Sains dan Teknologi~


~Sukan Tahunan Kali ke 24~

20 September 2012 - sukan sekolah telah diadakan pada sebelah petang bermula 2.30 hingga pukul 7 petang. Kehadiran ramai penduduk kampung memberi sokongan serta VIP seperti Puan Hasmah bt Ramli (Ketua Wanita Bahagian Bagan Serai), SM Abd Nasir (Ketua Balai Polis Semanggol) dan Tuan Hj Moin (Penyelaras DUN Selinsing) serta ramai lagi yang datang memeriahkan majlis.

Persiapan Sukan

Sukan Tahunan 2012

~Sambutan Penutupan Hari Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia~

14 September 2012 - Penutupan Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia telah diadakan di SKSG.. Sambutan sungguh meriah. Berikut suasana sekitar sambutan.


Rabu, 12 September 2012

~Majlis Restu Murid Tahun 6~

10 September 2012 bertempat di Bilik Gerakan SK Sama Gagah telah berlansung Majlis Restu di antara murid tahun 6 dan guru-guru. majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Sama Gagah, En Nordin Bin Shaafie dan sesi pemberian tips peperiksaan oleh guru-guru mata pelajaran. Acara seterusnya pemberian peralatan tulis dan acara bersalam-salaman.






Rabu, 5 September 2012

~Aktiviti Bulan September Yang Dirancang~

Pada bulan September ini beberapa program telah dirancang untuk manfaat murid-murid di samping memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan tenaga pengajar SK Sama Gagah. Berikut adalah aktiviti dan program yang bakal dijalankan. Diminta semua warga SK Sama Gagah ambil perhatian. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Majlis Restu Tahun 6 (10 September 2012)
Peperiksaan UPSR (11-13 September 2012)
Majlis Penutupan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (14 September 2012)
Sukan Tahunan (20 September 2012)
Sekolah Ganti (22 September 2012)

Jumaat, 24 Ogos 2012

Majlis Penyerahan Duit Raya dan Penutupan Ihya' Ramadhan

Penyampaian hadiah dan pemberian duit raya
Sekitar Majlis Penutup Ihya' Ramadhan

Pemberian duit raya kepada anak yatimdan Anak yatim piatu bersama penjaga masing-masing - Nur Shazwana,Muhd Hanif, Muhd Shazwan, Nur Safawati, Muhd Khairuddin dan Muhd Yusmanizal








Program Sepanjang Ramadhan

Bacaan Yassin, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat

Tazkirah Setiap Pagi, Ceramah Nuzul Quran, Pertandingan Bacaan Jawi Dan Majlis Khatam al-Quran
Pertandingan Zikir, Wirid dan Doa serta barisan hakim penilai...
Pertandingan Nasyid Tahap 1 dan 2 sebagai acara penutup program.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...