Selasa, 7 Februari 2012

~PROGRAM PENUTUR JATI (NATIVE SPEAKERS)~

Antara program kerajaan yang terkini bagi meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia ialah program penutur jati (native speakers programme).Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Program ini menjadikan guru-guru Bahasa Inggeris Tahap satu sebagai sasaran dan menjadi sebahagian kaedah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan guru di sekolah. Kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat akan dibawa ke negara ini bagi membimbing pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

SK Sama Gagah pada tahun ini menerima kehadiran Mr Steve mengganti Miss Najat Oudi. Memantau En Hashim Hamdan dan En Zaharuddin Zahid Guru Bahasa Inggeris tahap 1. Jumaat 3 Februari Mr Steve telah datang memantau En Hashim Hamdan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...