PRA




Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan  kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Konsep pendidikan prasekolah

Merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaraan kanak-kanak yang berumur  4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal

Matlamat pendidikan prasekolah

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Tempoh pengajaran dan pembelajaran

Tempoh  pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah sekurang-kurangnya
 tiga jam sehari  selama lima hari dalam seminggu.Aktiviti  Pendidikan Prasekolah
 mengambil kira peruntukan yang ditetapkan dalam 
Seksyen  17 dan 23 Akta Pendidikan (1996)

AKTIVITI
MASA
       Rutin pagi
10  minit
       Perbualan pagi
20 minit
       Permainan luar 
20 minit
       Aktiviti kumpulan
60 minit
       Rehat
30 minit
       Aktiviti kelas
30 minit
       Penutup
10 minit
      Jumlah
180 minit

Susunan aktiviti dan peruntukan masa adalah fleksibel



AKTIVITI PRA 2015






AKTIVITI PRA SK SAMA GAGAH
LAWATAN KE ZOO DAN MUZIUM TAIPING
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...