Sabtu, 15 Ogos 2015

LATIHAN OLAHRAGA DAERAH KERIAN


15 Ogos 2015 - Pada Kejohanan Olahraga Daerah iaitu 3-6 Mac 2015 yang lalu, Muhammad Amar Bin Mohamad Azman murid tahun 5 telah memenangi 2 emas bagi acara 100 m dan 200 m sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan daerah bagi kategori bawah 11 tahun. Maka pada hari ini, adik Muhammad Amar dipilih menjalani latihan di SMK Kuala Kurau. Latihan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari. Terima kasih kepada Ustazah Rozana yang bertindak sebagai guru pengiring membawa Amar hari ini. 

PERTANDINGAN IHTIFAL JQAF DAERAH KERIAN

Semasa pertandingan Peringkat Zon Semanggol
Pada pertandingan peringkat Zon Semanggol yang lalu, SKSG mendapat tempat kedua bagi bacaan wirid, tempat ketiga bagi hiwar dan saguhati bagi pertandingan kuiz. Maka, wakil SKSG bg bacaan wirid dapat ke peringkat daerah pada 15 Ogos.

Persiapan ke Pertandingan Ihtifal JQAF Daerah Kerian
15 Ogos 2015 - telah berlangsung pertandingan ihtifal JQAF peringkat daerah. Admin baru dapat berita bahawa wakil SKSG bagi pertandingan bacaan wirid mendapat saguhati. Tahniah kepada kepada ustaz ustazah yang terlibat dan sokongan guru-guru lain serta pentadbir malah peserta-peserta yang sudah buat yang terbaik. Kita cuba lagi tahun hadapan. Insyaallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...