Rabu, 1 Februari 2012

~Perlawanan Persahabatan Bola Baling~

Hari ini 1 Februari 2012, Rabu telah diadakan perlawanan bola baling persahabatan di SK Sama Gagah (SKSG). SKSG telah menjemput SK Tebuk Panchur (SKTP) dan SK Kampung Selamat (SKKS) untuk perlawanan persahabatan ini. SKTP telah membawa dua pasukan manakala SKSG dan SKKS masing-masing satu pasukan. Perlawanan berjalan dengan lancar dan meriah dengan sokongan dari penyokong masing-masing. Kehadiran ramai guru serta murid sekolah lain memeriahkan lagi suasana petang ini.


Permulaan Perlawanan

SK Sama Gagah dan SK Tebuk Panchur (Team A)

Cuba menghalang hantaran bola.

Ligat bermain.

SK Kampung Selamat dan SK Tebuk Panchur (Team B)

Cikgu Nor Hayati Bahsin

 Cikgu Hajar dan Cikgu Hafiza bersama pemain-pemain bola baling sekolah.

Terima kasih SK Tebuk Panchur dan SK Kampung Selamat atas kedatangan ke SK Sama Gagah. Semoga ikatan yang erat terjalin antara kita.

~Mesyuarat Kecemerlangan UPSR Kali Pertama~

Hari ini 31 Januari 2012 telah diadakan mesyuarat kecemerlangan UPSR 2012 buat kali pertama tahun ini. Agenda yang dibincangkan bermula pukul 12.45 tengah hari dipengerusikan oleh Guru Besar SKSG, En Nordin Bin Shafiee ialah mengimbas kembali keputusan UPSR 2011 yang lalu. Penekanan terhadap subjek-subjek kritikal serta penetapan program-program yang akan dijalankan untuk tahun ini bagi memastikan kecemerlangan serta tahap pencapaian lebih memuaskan. Pembahagaian tugas setiap program juga dibincangkan.


Pembentangan TOV dan ETR murid


Guru Besar SKSG


Guru-guru khusyuk mencatat nota.


 Cikgu Azlan : Guru Bahasa Melayu Tahun 6


Harapan semoga segala yang dirancang mendapat kerjasama semua pihak serta sasaran yang ditetapkan tercapai. Insyaallah.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...