Khamis, 3 November 2016

PROGRAM CERAMAH POLIS


  • Tarikh   : 2 November 2016

  • Masa    : 11.30-12.30 

  • Tempat : Dewan SK Sama Gagah

  • Tajuk    : Masalah Remaja dan Cara Mengatasinya






Rabu, 28 September 2016

Penubuhan Kumpulan Angklung

SK Sama Gagah telah mencatat sejarah di daerah Kerian apabila telah berjaya menubuhkan sebuah kumpulan muzik angklung. Ia merupakan kesinambungan daripada usaha mantan GPK Ko-Kurikulum, En Ally Basira yang pada tahun lalu telah membeli sebuah set angklung. Para peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan 5 telah diberi pendedahan tentang cara memainkan muzik angklung oleh seorang Jurulatih muzik yang berpengalaman iaitu Pak Radja. Aktiviti berkenaan turut disertai oleh para guru yang telah menunjukkan minat terhadap permainan muzik angklung ini. Semoga kumpulan ini akan terus berkembang pada masa akan datang.






Sumber foto : FB Angklung Pak Radja

Kejohanan Balapan dan Padang SKSG

Tarikh  :  22 September 2016 

Masa    :  2.30 - 5.30 petang 

Tempat :  Padang Sekolah

(Gambar-gambar berkaitan acara akan dimuat naik dalam masa yang terdekat)

Jumaat, 9 September 2016

Aidil Adha

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada tarikh 12 September 2016 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Hijrah demikian Pengisytiharan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman Dalam pengisytiharan itu, beliau memaklumkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1437 Hijrah di Malaysia ialah pada 3 September 2016 Masihi Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016 Masihi

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

IBADAT KORBAN


HUKUM IBADAT KORBAN
Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam)

PENGERTIAN IBADAH KORBAN

Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.



Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."
As-Saafaat ayat 103-107:


" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .( Hadis Riwayat Tirmizi )


" Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan " .( Surah al-Haj : 37 ) 

Fadhilat Ibadat Korban

- Meningkatkan amal kebajikan
- Sebagai penebus kesalahan dan dosa
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.
- Memperingati peristiwa ketaatan dan keimanan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk
mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.
 Sumber : http://www.korbanpkpujakim.com/2016/pengertiankorban.php



Isnin, 29 Ogos 2016

Khamis, 18 Ogos 2016

Melakar Jalur Gemilang

Aktiviti ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan.

Tarikh : 17 Ogos 2016

Masa : 3.30 - 5.30

Tempat : Kantin Seri Selera SKSG

Penyertaan : Murid Tahun3 - 6, Guru-guru serta AJK PIBG dan Pengusaha Kantin





Isnin, 15 Ogos 2016

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2016

Pada hari ini, 15 Ogos 2016 telah berlangsung Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah bagi tahun ini. Ia diadakan sempena dengan Hari Kebangsaan yang bakal disambut tidak lama lagi. Acara yang gemilang ini telah dirasmikan oleh En. Ahmad Azhar b. Shaharudin selaku Guru Besar SK Sama Gagah. Antara pengisian majlis berkenaan adalah ucapan perasmian, pemasangan banner serta nyanyian lagu-lagu patriotik dibawah seliaan En Azahar bin Awang. Selain itu terdapat juga aktiviti melepaskan roket dan payung terbang (parachute) sebagai gimik pelancaraan majlis tersebut. Pelancaran roket berkenaan telah menarik minat semua warga SKSG untuk menontonnya. 




Jumaat, 12 Ogos 2016


HARI KEBANGSAAN 


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.


Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.


Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.


(Dipetik dan disesuaikan daripada : https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kebangsaan_Malaysia)

Selasa, 26 Julai 2016

Selamat Menempuh Tahun Baru Persekolahan 2016

Pihak admin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 dan selamat kembali ke sekolah buat semua warga sekolah terutama murid-murid SK Sama Gagah. Semoga dengan tahun baru ini, lebih banyak kejayaan akan hadir tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...