Jumaat, 9 September 2016

Aidil Adha

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada tarikh 12 September 2016 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1437 Hijrah demikian Pengisytiharan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman Dalam pengisytiharan itu, beliau memaklumkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1437 Hijrah di Malaysia ialah pada 3 September 2016 Masihi Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016 Masihi

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

IBADAT KORBAN


HUKUM IBADAT KORBAN
Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad(Sunat yang dituntut dalam agama Islam)

PENGERTIAN IBADAH KORBAN

Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.



Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian."
As-Saafaat ayat 103-107:


" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .( Hadis Riwayat Tirmizi )


" Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan " .( Surah al-Haj : 37 ) 

Fadhilat Ibadat Korban

- Meningkatkan amal kebajikan
- Sebagai penebus kesalahan dan dosa
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.
- Memperingati peristiwa ketaatan dan keimanan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk
mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.
 Sumber : http://www.korbanpkpujakim.com/2016/pengertiankorban.php



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...