Jumaat, 14 Ogos 2015

PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN 2015


Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Sama Gagah untuk  lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.


Sedang menjalankan eksperimen
Antara objektif program ini ialah;

1.     Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

2.     Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

3.     Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

4.     Melahirkan para usahawan muda.

 
Murid berupaya mengendalikan eksperimen


Antara kepentingannya ialah:
1.     Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk tempatan yang bermutu dan bersih melalui aktiviti persatuan.

2.     Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan  kepada murid .

3.     Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.

4.     Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

 
Sabun Teja yang dihasilkan murid bersama label rekaan

Siti sarah, murid tahun 5 yang merupakan Setiausaha Murid Bagi Projek Inovasi berusaha menyiapkan buku log
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak sabun yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi dalam pasaran berbanding Sabun Gagah yang dihasilkan. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat penyakit kulit atau keracunan makanan. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis sabun yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri sabun yang bermutu berasaskan bahan mentah asli.
PK Kokurikulum, En Ally Basira Bin Mohd Khalil juga mencuba untuk menghasilkan Sabun Teja

 
Buku Log yang dihasilkan oleh murid sepanjang Projek Inovasi berjalan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...