Isnin, 30 Januari 2012

~Perhimpunan Minggu ke 5~

Hari ini 30 Januari telah diadakan perhimpunan mingguan edisi ke 5 bagi tahun 2012 dengan tema mingguan "Masa Itu Emas". En Ismail Bin Yahya selaku guru bertugas minggu ini memulakan ucapan beliau dengan mengajak murid-murid bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup serta kurniaan usia. Usia murid-murid dikaitkan dengan tema minggu ini iaitu tentang masa. Beliau dengan tegas mengingatkan murid-murid tentang masa yang tidak boleh disia-siakan. Ucapan beliau diakhiri dengan kesimpulan apapun kerja jangan mengamalkan kerja bertangguh serta mengingatkan tentang 5 perkara sebelum 5 perkara.


En Ismail Bin Yahya selaku guru bertugas 30 Januari - 3 Februari 2012.

Majlis diteruskan dengan ucapan guru besar yang menyentuh tentang kualiti dengan menghargai masa agar mencapai standard yang ditetapkan supaya memuaskan hati pihak lain. Majlis ditangguhkan pada pukul 8.15 pagi dan majlis bersurai.



Ahad, 29 Januari 2012

~SPPBS ( Sekolah Rendah) : Makluman Tentang Opersai Naik Darjah~

UNTUK PERHATIAN SU SPPBS:

Berikut adalah kenyataan yang tertera pada modul operasi Naik Darjah.

Perhatian :

Dimaklumkan bahawa keputusan mesyuarat Penyelarasan Data SAPS, SPPBS dan SMM yang dipengerusikan oleh TKPPM (Dasar), semua aplikasi KPM akan menggunakan data murid dari Aplikasi Sekolah Malaysia (SMM Online) sahaja.

Sehubungan dengan itu , Modul ini hanya boleh digunakan setelah kemasukan data murid di semua sekolah seluruh malaysia ke dalam Aplikasi Sekolah Malaysia tersebut selesai.

Kesulitan amat dikesali. Harap Maaf.

- Pentadbir Sistem -

Ini bermakna operasi naik darjah murid Tahun 1 (2011) ke Tahun 2 (2012) dalam sistem SPPBS Online hanya boleh dilaksanakan setelah sempurna kemasukan data murid ke dalam SMM Online.
Harap maklum, terima kasih.


Paparan yang muncul apabila menu Naik Darjah diklik:


Berikut adalah kenyataan tentang Pendaftaran murid Tahun 1 (2012) ke dalam sistem SPPBS Online:



Jumaat, 20 Januari 2012

1 Murid 1 Sukan

Pada perhimpunan minggu ke 3 PK Kokurikulum telah memaklumkan bahawa program 1M1S akan bermula Isnin 16 Januari ini dan seterusnya mengikut jadual yang telah ditampal pada papan kenyataan. Secara ringkasnya murid dibahagi kepada 4 kumpulan dan perlu hadir mengikut hari yang telah ditetapkan.

ISNIN - BOLA SEPAK

GURU TERLIBAT
  • EN MOHAMAD NOR JISMI
  • EN HASHIM HAMDAN
  • EN ISMAIL YAHYA
  • EN ZAHARUDDIN ZAHID
SELASA - SEPAK TAKRAW

GURU TERLIBAT
  • EN MOHD HAFIZ MOHD YAZID
  • EN OSMAN ACHIL
  • EN ROHALIM AHMAD
  • EN SAID ISHAK
RABU - KOKURIKULUM (SEMUA MURID TERLIBAT)

KHAMIS - BOLA JARING

GURU TERLIBAT
  • PN NOR HAYATI BAHSIN
  • PN ZAITON SULAIMAN
  • PN HARLIZA JAAMAT
  • PN ROZANA RADZALI
  • PN SAFIAH ABD RAHIM
JUMAAT - BOLA BALING

GURU TERLIBAT
  • EN AZLAN BASIRUN
  • PN FADZILAH MD ISA
  • CIK SITI HAJAR MOHD KASER
  • CIK NORHAFIZA RAMLI
Seperti yang telah dimaklumkan, 1M1S bukan untuk melatih murid jadi atlit tapi lebih kepada amalan menyihatkan badan serta membolehkan murid memilih permainan yang diminati. Program ini bukan sahaja murid bermain di padang, guru juga boleh menyelitkan aktiviti seperti taklimat peraturan permainan, tontonan video permainan dan sebagainya supaya murid mendapat input dalam permainan-permainan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.



Kemahiran yang diajar kepada murid di bawah pengawasan guru.


Aktiviti menyejukkan badan penting selepas tamat sesi permainan.

~Perhimpunan Minggu ke 3 dan Lantikan Pengawas Sekolah~

Hari ini 16 Januari 2012 merupakan hari Isnin minggu ke 3 tahun ini. Guru bertugas pada minggu ini ialah En Osman Bin Achil. Beliau memulakan ucapan dengan mengingatkan murid-murid menjaga kesihatan kerana sekarang musim hujan. Tajuk minggu ini ialah 'Menghormati Kepercayaan dan Budaya Orang Lain'. En Osman mengulas tentang masyarakat majmuk dan menasihatkan murid walau murid sekolah ini tiada kaum atau bangsa lain namun mereka akan bertemu di luar sekolah atau kawasan sekitar mereka. Tambah beliau agar murid pandai membawa diri dan jangan sesekali menyentuh sensitiviti atau menghina kepercayaan dan budaya orang lain.


En Osman selaku guru bertugas minggu ini.

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan En Mohamad Nor Jismi (PK Kokurikulum). Beliau membaca jadual 1M1S dan menasihatkan murid agar mematuhi jadual dan menjaga keselamatan di waktu petang serta di bawah pengawasan guru.

Seterusnya ucapan En Zaharuddin (PK HEM) yang mengulas tentang kursus kepimpinan yang telah diadakan minggu lepas. Beliau juga menekankan tentang buku peraturan sekolah. Seterusnya beliau mengumumkan pelantikan ketua dan penolong pengawas sekolah dan pusat sumber.

KETUA PENGAWAS SEKOLAH 

MUHAMMAD FIDA'IY BIN RAMZI

PEN. KETUA PENGAWAS SEKOLAH


NURUL HUSNA BINTI SUHAIMI

KETUA PENGAWAS PSS 

SITI SAFURA BINTI AZZAINI

PEN.KETUA PENGAWAS PSS

MOHAMAD FAIRUS BIN NAZLI


Menyarung blazer sebagai simbolik perlantikan


Dari kiri: En Mohamad Nor Jismi, Husna, Fida'iy, Safura dan En Nordin.


Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Sebelum menutup tirai perhimpunan, ucapan guru besar yang mengingatkan bahawa murid-murid adalah bakal pemimpin suatu hari nanti. Seterusnya majlis disudahi dengan bacaan doa dan majlis bersurai.


Jumaat, 13 Januari 2012

~Kursus Kepimpinan~

12 Januari 2012 telah diadakan Kursus Kepimpinan yang melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kursus ini adalah anjurun Unit HEM sekolah dibantu AJK pelaksana guru-guru penasihat pengawas sekolah.


Menunggu untuk solat zuhur sebelum kursus bermula.


Makan tengahari selepas solat.

Ustaz Hafiz (Guru Pengawas) dalam sesi slot beliau.


Slot permainan oleh Pn Fadzilah Md Isa


Salah satu aktiviti dalam kursus kepimpinan.


Aktiviti mencari kumpulan mengikut gula-gula yang sama.


Aktiviti menggunakan apa yang ada membentuk garisan terpanjang membawa maksud yang beerti dalam kepimpinan.


PK HEM- En Zaharuddin menerangkan sesuatu.



Pn Nor Hayati Bahsin menyampaikan amanat.

Semoga kursus yang dijalankan ini mendapat manfaat kepada semua peserta kursus. Harapan sekolah agar mereka sedar akan tanggungjawab mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Insyaallah... :)

Isnin, 9 Januari 2012

~Perhimpunan Minggu Kedua dan Majlis Penyampaian Sumbangan Basikal~

Hari ini 9 Januari 2012 bermulanya minggu kedua sesi persekolahan dengan tajuk perhimpunan "Membaca Jambatan Ilmu". Guru bertugas Pn Fadzilah telah menyampaikan tajuk beliau bagi memulakan sesi ucapan selepas nyanyian lagu negaraku dinyanyikan.


Guru Bertugas 9-13 Januari 2012

Majlis diteruskan dengan ucapan PK HEM yang menyentuh tentang kantin, RMT, buku teks dan kehadiran awal ke sekolah.


PK HEM sedang berucap.

Ucapan Guru Besar SKSG pula menyusul dengan mengalu-alukan kehadiran Cikgu Hashim Hamdan, guru kontrak Bahasa Inggeris. Menekankan tentang sekolah berjaya yang perlu mencapai misi sekolah yang ditetapkan, kurang masalah disiplin, kepimpinan dan guru yang hebat, zero defect iaitu tiada kecacatan serta kemenjadian murid. Turut disentuh tentang mempelajari pelbagai bahasa bagi meningkatkan penguasaan ilmu.


Guru Besar SKSG sedang berucap.

Majlis perhimpunan diteruskan dengan program penyampaian dan sumbangan kepada murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 yang lalu.


 PK Kokurikulum sebagai pengerusi program.


Basikal yang disumbangkan oleh JKKK Sama Gagah


Pn Nor Hayati Bt Abu Bakar (Wakil Ketua Kampung) sedang berucap.


Sumbangan duit RM 100 daripada En Shahrudin Bin Ahmad yang disampaikan oleh Guru Besar kepada Pn Shamsiah Bt Hasan (Ibu kepada Burhanuddin-Murid 5A 2011).


Sumbangan duit RM 100 daripada En Shahrudin Bin Ahmad yang disampaikan oleh Guru Besar kepada En Wahab Bin Ahmad (Bapa kepada Mardhiah-Murid 5A 2011).


 Ibu kepada Burhanuddin (Murid mendapat 5A 2011) menerima basikal.


 Bapa kepada Mardhiah (Murid mendapat 5A 2011) juga menerima basikal.


Penyerahan wang sumbangan untuk sekolah dari Tn Hj Abdul Muin B Hj Mustafa (Penyelaras DUN Selinsing) yang disampaikan oleh Pn Nor Hayati Bt Abu Bakar.


Bergambar kenangan selepas Perhimpunan Mingguan dan Penyampaian Sumbangan.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Harapan sekolah agar dengan adanya sumbangan seperti ini akan meningkatkan lagi semangat murid-murid tahun yang lain. Insyaallah.



















Jumaat, 6 Januari 2012

~Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran~

Hari ini 6 Januari 2012, pengusaha kantin baru SKSG telah membuat majlis doa selamat dan kesyukuran sempena mula menjalankan perniagaan di kantin SKSG. Semoga tahun 2012 ini berjalan lancar antara pengusaha kantin dan warga SKSG. Insyaallah.


Guru- guru lelaki menikmati hidangan.


Guru- guru perempuan pun leka menikmati hidangan.


Pulut dan gulai daging.


Hidangan sepinggan lengkap.


Silaturrahim terjalin.


Warga kantin baru 2012. Terima kasih atas hidangan untuk kami guru-guru.

VISI DAN MISI SEKOLAH




VISI  SEKOLAH

Menjadikan SK Sama Gagah sekolah
yang cemerlang di Daerah Kerian
menjelang tahun 2015

MISI SAMA GAGAH
(DIPERBAHARUI)

BERSAMA MEMBANGUN DAN MENGEMBANGKAN  POTENSI MURID BAGI MELAHIRKAN WARGA NEGARA TERBILANG MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI






Khamis, 5 Januari 2012

~Pengumpulan Data Peperiksaan Akhir Tahun 2011 Murid tahun 5~

UP : Guru Besar
Tuan,

Dengan segala hormatnya dipohon kerjasama pihak tuan untuk membuat penghantaran data peperiksaan akhir tahun (PAT) 2011 Murid Tahun 5 bagi tujuan penyediaan TOV dan ETR UPSR 2012.

2. Data tersebut hendaklah dijana menggunakan perisian SAPR16 dan diemail (5 "textfile") ke alamat afmy71@gmail.com pada atau sebelum 10 Januari 2012.

3. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

(Dipetik dari Portal PPD Kerian)

Rabu, 4 Januari 2012

Hari Pertama Persekolahan

Sesi persekolahan telah bermula. Pelbagai ragam dan semangat murid dapat dilihat. Segak bergaya berbaju baru. Moga azam baru kalian terlaksana.


Pintu hadapan sekolah yang telah dicat baru.


Sesi perhimpunan hari pertama.


Ustaz Hafiz guru bertugas minggu pertama.


Muka-muka ceria.


Pengawas-pengawas sekolah mula bertugas.


Selesai sesi perhimpunan.


Murid-murid menuju ke kelas masing-masing.


Waktu rehat-RMT


Murid-murid membeli makanan di kantin.

Selasa, 3 Januari 2012

Jadual Peribadi dan Jadual kelas Guru SKSG

Kepada semua guru SK Sama Gagah diminta membuka email masing-masing kerana jadual waktu untuk tahun 2012 telah dihantar ke email masing-masing oleh PK Pentadbiran. Esok 4 Januari 2012, guru-guru diminta menggunakan jadual hari Rabu. Jika ada sebarang masalah sila hubungi PK Pentadbiran untuk maklumat lanjut. Kerjasama anda semua amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...