Selasa, 7 Januari 2014

Salam Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah bertemu kita lagi di tahun baru 2014. Bersyukur kita masih diberi kekuatan dan semangat malah anugerah nyawa yang tidak ternilai. Tahun ini, muka-muka guru dan pentadbir masih sama namun semangat juang setiap guru masih membara. Banyak perancangan telah dirancang semasa mesyuarat guru kali pertama 27 hb 12 2013 yang lalu. Minggu kedua persekolahan pula menyaksikan guru-guru sibuk bermesyuarat panitia. Bagi guru Pra sekolah dan tahun 1, pelbagai ragam dapat dilihat dengan kehadiran pelajar-pelajar baru. Minggu kedua ini masih menyaksikan tangisan hiba anak-anak murid.. sabar ya cikgu-cikgu.. tugas kita, tugas mulia. Guru tahun 6 pula, menyuntik semangat kepada pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...