Isnin, 9 Julai 2012

Budi Disanjung... Tahniah...


Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.

Peristiwa Penting Minggu Ini

 
10 Julai 2012 - Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

 
11 -13 Julai 2012 - Peperiksaan Percubaan UPSR

 
13 -14 Julai 2012 - Perkhemahan Unit Beruniform



Semoga semua majlis yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua guru atas komitmen yang diberikan. Semoga SK Sama Gagah terus gemilang hendaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...