Selasa, 18 Ogos 2015

HARI KEDUA "ENGLISH WEEK"

Level 1 : Poetry Recitation
Level 2 : Year 5 : News Reading
Level 2 : Year 4 : News Reading
18 OGOS 2015 - Hari kedua Minggu Bahasa Inggeris dijalankan... 

Isnin, 17 Ogos 2015

ENGLISH WEEK


17 OGOS 2015 - Alhamdulillah... Program Minggu Bahasa Inggeris yang dirancang telah bermula hari ini dengan jayanya. Guru- guru Bahasa Inggeris bekerjasama melancarkan Minggu Bahasa Inggeris semasa perhimpunan mingguan pagi tadi. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh En Ahmad Azahar bin Shaharudin, Guru Besar SK Sama Gagah.


Program yang dijalankan pada hari ini ialah "Sentences Construction". Tahniah kepada murid yang terlibat malah tahniah serta jutaan terima kasih kepada guru-guru yang merancang dan melaksanakan Minggu Bahasa Inggeris 2015 kali ini. 

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID LINUS



Alhamdulillah... Majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid LINUS tahun 1 hingga 3 telah dijalankan dengan tujuan untuk ibu bapa lebih prihatin dan mengambil berat prestasi anak mereka.Di samping itu, ini merupakan usaha yang dirancang oleh pihak sekolah bagi membuktikan bahawa guru-guru sedaya upaya ingin membantu murid-murid ini. Idea yang dicetus oleh Guru Besar sendiri iaitu En Ahmad Azahar Bin Shaharudin diharap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. 

Sabtu, 15 Ogos 2015

LATIHAN OLAHRAGA DAERAH KERIAN


15 Ogos 2015 - Pada Kejohanan Olahraga Daerah iaitu 3-6 Mac 2015 yang lalu, Muhammad Amar Bin Mohamad Azman murid tahun 5 telah memenangi 2 emas bagi acara 100 m dan 200 m sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan daerah bagi kategori bawah 11 tahun. Maka pada hari ini, adik Muhammad Amar dipilih menjalani latihan di SMK Kuala Kurau. Latihan bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari. Terima kasih kepada Ustazah Rozana yang bertindak sebagai guru pengiring membawa Amar hari ini. 

PERTANDINGAN IHTIFAL JQAF DAERAH KERIAN

Semasa pertandingan Peringkat Zon Semanggol
Pada pertandingan peringkat Zon Semanggol yang lalu, SKSG mendapat tempat kedua bagi bacaan wirid, tempat ketiga bagi hiwar dan saguhati bagi pertandingan kuiz. Maka, wakil SKSG bg bacaan wirid dapat ke peringkat daerah pada 15 Ogos.

Persiapan ke Pertandingan Ihtifal JQAF Daerah Kerian
15 Ogos 2015 - telah berlangsung pertandingan ihtifal JQAF peringkat daerah. Admin baru dapat berita bahawa wakil SKSG bagi pertandingan bacaan wirid mendapat saguhati. Tahniah kepada kepada ustaz ustazah yang terlibat dan sokongan guru-guru lain serta pentadbir malah peserta-peserta yang sudah buat yang terbaik. Kita cuba lagi tahun hadapan. Insyaallah...

Jumaat, 14 Ogos 2015

JAMUAN SEMPENA PERPISAHAN DAN PERSARAAN

14 OGOS 2015 - Majlis ini diadakan di Restoran Oasis,Taiping sebuah restoran menyajikan nasi arab. Alhamdulillah... Rezeki dapat makan kambing hari ini. Majlis diadakan sempena persaraan En Abdul Wahab bin Ismail, Tukang Kebun SKSG yang bersara bulan lalu, perpindahan Ustazah Fadzilah bt Ramli yang bertukar ke SK Kg Dew dan perpindahan Pn Norain, pembantu tadbir SKSG yang bertukar ke Petaling Jaya. Apa pun moga kalian berbahagia dan berjaya
Guru Besar SKSG, En Ahmad Azahar turut hadir
Guru-guru dan staf yang turut memeriahkan majlis
Pn Norain menerima hadiah
Nasi Arab yang dihidangkan

LINUS




Kelas Pn Saodah Bt Mohamed, Guru Matematik Tahap 1 menjalankan program LINUS 2.0.

Muhammad Arif Fadli sedang menjalankan aktiviti penambahan dalam subjek Matematik Tahun 2

Murid tahun 1 bermain dengan kotak nombor

Zulaika, murid tahun 2 menyusun kad nombor

Alif Izni juga salah seorang murid LINUS tahun 2 sibuk mencari jawapan Matematik

PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN 2015


Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SK Sama Gagah untuk  lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.


Sedang menjalankan eksperimen
Antara objektif program ini ialah;

1.     Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

2.     Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.

3.     Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.

4.     Melahirkan para usahawan muda.

 
Murid berupaya mengendalikan eksperimen


Antara kepentingannya ialah:
1.     Melahirkan murid yang mampu untuk menyediakan produk tempatan yang bermutu dan bersih melalui aktiviti persatuan.

2.     Membuka peluang serta menanam minat keusahawanan  kepada murid .

3.     Dapat menghasilkan dana untuk tabung persatuan.

4.     Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

 
Sabun Teja yang dihasilkan murid bersama label rekaan

Siti sarah, murid tahun 5 yang merupakan Setiausaha Murid Bagi Projek Inovasi berusaha menyiapkan buku log
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak sabun yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi dalam pasaran berbanding Sabun Gagah yang dihasilkan. Keadaan ini sudah tentu boleh mengancam kesihatan murid sama ada mereka mudah mendapat penyakit kulit atau keracunan makanan. Sehubungan itu, murid perlu diberi didikan untuk memilih jenis sabun yang baik untuk kesihatan diri dan keluarga di samping mampu untuk menghasilkan sendiri sabun yang bermutu berasaskan bahan mentah asli.
PK Kokurikulum, En Ally Basira Bin Mohd Khalil juga mencuba untuk menghasilkan Sabun Teja

 
Buku Log yang dihasilkan oleh murid sepanjang Projek Inovasi berjalan
 

JAMUAN HARI RAYA DAN PERSARAAN EN ABDUL WAHAB BIN ISMAIL


27 JULAI 2015 - Majlis Sambutan hari raya bermula pukul 10 pagi diraikan dengan meriah kemudian majlis diteruskan dengan Majlis Persaraan En Abdul Wahab Bin Ismail, tukang kebun sekolah yang telah menamatkan perkhidmatannya dan bersara wajib di sekolah ini. Majlis berjalan dengan lancar.

PENUTUPAN IHYA’ RAMADHAN DAN SUMBANGAN DUIT RAYA





12  JULAI 2015 - Majlis Penutupan Ihya Ramadhan telah dijalankan termasuk sumbangan duit raya kepada semua murid. Tahniah atas usaha penganjuran majlis ini.

PENYERAHAN WANG ZAKAT DARI BAITULMAL



10  JULAI 2015 - Baitulmal telah memberi bantuan zakat kepada 13 orang murid yang layak iaitu sebanyak RM200. Majlis dijalankan di Pusat Sumber Sekolah dengan kehadiran 13 / 13 orang penjaga. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka. Insyaallah.

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 2015


3 OGOS 2015- Program Motivasi Tahun 6 telah dijalankan melibatkan juga ibu bapa Tahun 6 dan Guru-guru Tahun 6. Ceramah dan motivasi disampaikan oleh En Mazlan Bin Haji Ahmad, PK HEM SK Taiping. Ceramah dan Motivasi yang disampaikan amat memberi kesan kepada murid sehingga ada yang mengalirkan air mata. Tahniah atas penganjuran program ini dan didoakan agar murid tahun 6 dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR akan tiba ini.

MAJLIS IFTAR RAMADHAN


3 JULAI 2015 - Majlis diserikan dengan ceramah daripada ustaz jemputan iaitu En Mohamad Azman Bin Chat, Guru Cemerlang SMK Selinsing. Murid yang terlibat ialah murid tahun 4 hingga 6. Kehadiran adalah 32 /48 orang penjaga dan 42 /48 orang murid. Majlis berjalan lancar.
 

HARI BERTEMU WARIS TAHUN 1-6


2 JULAI 2015 - Merupakan Hari Bertemu Waris di mana pihak sekolah menyerahkan laporan dan kad kemajuan Peperiksaan Pertengahan Murid kepada ibu bapa. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan iaitu 78 / 91 orang. Majlis dimulakan dengan perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 pada pukul 10 pagi dengan sedikit pesanan daripada En Ahmad Azahar Bin Shaharudin, Guru Besar SK Sama Gagah. kemudian Penyerahan laporan bagi murid tahun 1 hingga 5 dijalankan di kelas masing-masing bermula pada pukul 11 pagi.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH



18 MEI 2015 - Majlis Sambutan Hari Guru telah dijalankan bagi menghargai guru-guru SK Sama Gagah. Majlis berlangsung dengan meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran AJK PIBG yang turut memberi sokongan terhadap pihak sekolah. Majlis dirasmikan oleh Pegawai Angkat sekolah iaitu En Khairul Anwar Bin Mahat, Pegawai Fasilinus Daerah Kerian. Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar.

NAMA PROGRAM
MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH KERIAN
TARIKH
26 MEI 2015
 
MASA
3.30 PTG – 5.30 PTG
 
TEMPAT
MASJID KUBU GAJAH, SEMANGGOL
 
JUMLAH KEHADIRAN
TETAMU KHAS/ PPD / PKG - 19 ORANG
SEKOLAH MENENGAH - 41 ORANG
SEKOLAH RENDAH - 100 ORANG
JUMLAH : 160 ORANG
ATUR CARA MAJLIS
RUJUK BROSUR DI LAMPIRAN
NAMA PERASMI
YB. DATO’ SHAM BIN MAT SAHAT
 


  • Menerima surat arahan menjadi pengerusi pengelola pertandingan.
  • Membuat mesyuarat penyelarasan dalaman kali pertama pada 7 Mei 2015 dipengerusikan oleh En Nordin Bin Shaafie, Guru Besar Sk Sama Gagah.
  • Mewujudkan jawatankuasa kerja. (Rujuk  bahagian senarai Jawatankuasa Kerja)
  • PK 1 dan PK kokurikulum mengadakan lawatan ke Masjid Kubu Gajah, Semanggol pada 14 Mei 2015.
  • Guru Besar menghadiri mesyuarat seperti yang diarahkan PPD.
  • Mengadakan mesyuarat penyelarasan akhir dalaman kali kedua bersama jawatankuasa kerja pertandingan pada 25 Mei 2015 dipengerusikan oleh En Ahmad Azahar Bin Shaharudin, Guru Besar Baharu SK Sama Gagah.
  • Menghubungi pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan pertandingan.
  • Menyiapkan tempat pertandingan.
  • Mengambil data kehadiran tetamu kehormat, PPD, PKG, guru sekolah menengah dan guru sekolah rendah.
  • Memantau makan dan minum tetamu jemputan, guru pengiring dan jawatankuasa terlibat.
  • Menyelaras satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kerian.
 

HARI PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6


12 MAC 2015 - Satu perjumpaan ibu bapa tahun 6 telah diadakan di Dewan Cempaka SK Sama Gagah dengan kehadiran 12 orang ibu bapa daripada 14 orang jumlah keseluruhannya. Aturcara majlis adalah seperti berikut:
12.30   - Kehadiran murid-murid dan ibu bapa.
12.35   - Pendaftaran
12.40   - Ibu bapa dan murid bersama pentadbir sekolah
            - Penyerahan dokumen
            - Taklimat perancangan persediaan UPSR 2015
            - Sesi penerarangan guru mata pelajaran
2.30     - Bersurai

KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH


3 MAC - 5 MAC 2015 - Kejohanan Olahraga Sekolah Daerah Kerian 2015 telah diadakan di Kolej Vokasional Kerian melibatkan 6 orang murid SK Sama Gagah. Kejayaan yang dicapai amat membanggakan apabila SK Sama Gagah berjaya mendapat Emas bagi acara 100 m dan 200 m Kategori lelaki bawah 11 tahun dan sekali gus Muhammad Amar Bin Mohamad Azman menjadi Olahragawan Daerah Kerian bagi Kategori bawah 11 tahun. Sekalung tahniah diucapkan.

KEJAYAAN MTQ 2015


 
Tahniah kepada geng-geng MTQ yang berjaya mencipta nama dan mengharumkan nama sekolah.
Peringkat Zon Semanggol :
JOHAN TILAWAH  (P)
JOHAN TILAWAH (L)
NAIB JOHAN BERCERITA (L)
JOHAN KESELURUHAN PERINGKAT ZON

Peringkat Daerah Kerian :
JOHAN TILAWAH (L)
JOHAN BERCERITA (L)
JOHAN KESELURUHAN PERINGKAT DAERAH

Peringkat Negeri Perak :
JOHAN BERCERITA (L)

Peringkat Kebangsaan :
TEMPAT KEEMPAT BERCERITA (L)
 

KEM KEPIMPINAN 2015



24 JANUARI 2015 - Kem Kepimpinan Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas telah diadakan bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Aturcara kem adalah seperti berikut:
8.00 PG    PENDAFTARAN PESERTA
8.30 PG    UCAPAN PERASMIAN
9.00 PG    ICE BREAKING
9.30 PG    CERAMAH KEPIMPINAN
10.30 PG  REHAT
11.00 PG  LDK
12.00 T/H BERSURAI

BOLA BALING DAERAH KERIAN




19 DAN 20 JANUARI 2015 - Pertandingan Bola Baling Daerah Kerian telah diadakan di Padang SK Baru Parit Buntar dengan melibatkan 12 orang murid SK Sama Gagah dan 2 orang guru pengiring. Menang sekali di peringkat kumpulan.
 

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN 2015



30 APRIL 2015 - Temasya Olahraga Tahunan 2015 telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Sama Gagah dengan penuh gilang gemilang. Majlis dirasmikan oleh En Abd Muhaimin Bin Abd Rahman Nazri, Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai dan Majlis Penutupan dirasmikan oleh En Yeop Bin Bakri, ketua kampung Tebuk Haji Dollah, Semanggol. Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar.

HARI PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN



19 JANUARI 2015 - Penyerahan Bantuan Awal persekolahan telah diadakan di Dewan Cempaka, SK Sama Gagah dengan kehadiran 100% orang penjaga.

LANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2015



19 JANUARI 2015 - Lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS telah diadakan di Dewan Cempaka, SK Sama Gagah. Semoga murid-murid yang dipilih dan dilantik dapat menjalankan amanah yang diberi dengan baik.

AKADEMI MTQ



17 DAN 18 JANUARI 2015 - Akademi MTQ telah diadakan di  Kompleks Rakan Muda, Kamunting. 2 orang murid telah menyertainya.

PERTANDINGAN BADMINTON DAERAH



16 JANUARI 2015 - Pertandingan Badminton Daerah telah diadakan di Dewan Futsal Alor Pongsu.2 orang murid mewakili sekolah dan layak ke suku akhir.

HARI PERSARAAN TN HJ ROHALIM BIN AHMAD



MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ ROHALIM BIN AHMAD
PK KOKURIKULUM
 
14 JANUARI 2015
 


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN



HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
 
12 JANUARI 2015
 
 

HARI JUALAN BUKU TAHUN 2015


NAMA PROGRAM
JUALAN BUKU
 
TARIKH
31 DISEMBER 2014
 
MASA
8.30 PAGI – 11 .00 PAGI
 
TEMPAT
BILIK SPBT
 
JUMLAH KEHADIRAN
75%
 


 

HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 / TAHUN 2015


NAMA PROGRAM
HARI PENDAFTARAN TAHUN 1
 
TARIKH
31 DISEMBER 2014
 
MASA
8.30 PAGI – 11 .00 PAGI
 
TEMPAT
DEWAN SEKOLAH DAN KELAS TAHUN 1
 
JUMLAH KEHADIRAN
16 / 16 ORANG PENJAGA
 
ATUR CARA MAJLIS
8.00   - Kehadiran murid-murid dan ibu bapa.
8.30   - Taklimat ringkas oleh Guru Kelas Tahun 1
          - Pemberian buku teks
 
9.00   - Ibu bapa bersama pentadbir sekolah
          - Ujian Diaognostik
10.30 - Bersurai


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...