Search This Blog

Loading...

GURU-GURU SKSG

Gambar Pilihan

Salam Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah

Alhamdulillah bertemu kita lagi di tahun baru 2014. Bersyukur kita masih diberi kekuatan dan semangat malah anugerah nyawa yang tidak ternilai. Tahun ini, muka-muka guru dan pentadbir masih sama namun semangat juang setiap guru masih membara. Banyak perancangan telah dirancang semasa mesyuarat guru kali pertama 27 hb 12 2013 yang lalu. Minggu kedua persekolahan pula menyaksikan guru-guru sibuk bermesyuarat panitia. Bagi guru Pra sekolah dan tahun 1, pelbagai ragam dapat dilihat dengan kehadiran pelajar-pelajar baru. Minggu kedua ini masih menyaksikan tangisan hiba anak-anak murid.. sabar ya cikgu-cikgu.. tugas kita, tugas mulia. Guru tahun 6 pula, menyuntik semangat kepada pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Sepanjang Penggal Pertama 2013

Assalamualaikum semua... Maafkan saya. lama sangat tak update blog ni. Kesibukan dan tugas lain yang padat serta pelbagai kesulitan dengan kehilangan kamera membuatkan saya agak 'patah tangan' apabila barang kesayangan serta banyak membantu tugas saya hilang.. Apapun ni sebahagian gambar yang ingin saya kongsikan. Pada tahun 2013 banyak sekali kejayaan dikecapi oleh SK Sama Gagah. Kemenjadian murid dalam bidang koakademik dan kakurikulum amat memberangsangkan. Diharap UPSR dan kurikulum juga seiraing dengan kejayaan-kejayaan yang lain. Amin...

Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Guru Pembimbing dan murid SK Sama Gagah. Tahniah johan kebangsaan tilawah lelaki dan naib johan kebangsaan bercerita lelaki.

Guru SK Sama Gagah di Pusat Kokurikulum Pangkor untuk Perkhemahan pendidikan luar peringkat negeri perak.

Merentas desa sk sama gagah

Berkayak di Pangkor. Dua murid SK Sama Gagah terlibat.

Juara keseluruhan MTQ Zon Semanggol.

Kami masuk Akhbar Sinar

Bola Baling Perempuan bersama gurunya.

Tahniah kalian hingga ke Kebangsaan.
Tahniah Warga SKSG....
Ko - Akademik

Johan Tilawah Lelaki Zon Semanggol / Johan Daerah Kerian / Johan Negeri Perak / Johan Kebangsaan (Muhd Isyraq Shahruddin)
Johan Bercerita Lelaki Zon Semanggol /Johan Daerah Kerian / Johan Negeri Perak / Naib Johan Kebangsaan (Muhd Haikal Baharuddin)
Johan Hafazan Lelaki Zon Semanggol (Muhd Yunus Wahab)
Johan Tilawah Perempuan Zon Semanggol. (Wardina Osman)
Naib Johan Tokoh Nilam Zon Semanggol (akan ke Daerah) (Wardina Osman)
 
Kokurikulum
Johan dan Naib Johan Badminton Lelaki Kelompok 5 (ke Daerah) (Taufiq Adam / Razieza)

No 8 Merentas Desa Perempuan Daerah Kerian(ke Negeri) (Siti Rohaya Muhaudin)
Terpilih ke Perkhemahan Peringkat Kebangsaan  di Kem Timah Tasoh, Perlis. (Nur Zulaika Zulkifli)
Terpilih ke Perkhemahan Peringkat Negeri  di Pulau Pangkor. (Nur Zulaika Zulkifli / Aiman Fitri)
Johan sepak takraw kelompok 5 (Taufiq Adam / Razieza / Firdaus Aiman)
Sepak Takraw Tempat keempat Negeri Perak (Taufiq Adam)
 
Saya harap saya tidak tertinggal. Kalau ada nanti saya update lagi. Selepas cuti ini banyak lagi pertandingan ke peringkat daerah lagi.  sama-sama kita doakan ya... 

Majlis Sarana PIBG & Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan RM100












MOTIVASI GURU DAN KAKITANGAN

16 Januari 2013 - Telah diadakan motivasi guru dan kakitangan SK Sama Gagah bertempat di Perpustakaan Sekolah. Kehadiran semua guru dan kakitangan tepat pukul 3.30 petang. Motivasi disampaikan oleh Tn Haji Mohd Yusof Bin Yahya, Pegawai Kaunselor Organisasi PPD Kerian.

Beliau menyentuh tentang tajuk etika kerja dan bekerja secara XPLUS. Kemudian pada akhir slot ceramah, guru-guru dan kakitangan diberi satu ujian menilai potensi dan sikap yang ada dalam diri masing-masing.

Sejujurnya, motivasi ini sangat bagus dan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Yusof Bin Yahya atas kesudian menyampaikan ceramah motivasi ini.

Ceramah selesai pada pukul 5.30 petang.





Motivasi Kecemerlangan Tahun 6

5 Januari 2013 telah diadakan motivasi untuk murid tahun 6, ibu bapa dan guru SK Sama Gagah bertempat di Dewan Cempaka Sekolah.. Pelbagai input berguna dikutip sepanjang program ini.. Semoga persiapan awal pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan murid terlaksana. Terima kasih kepada Ustaz Mohamad Shah Bin Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan, Bagan Serai atas kesudian menyampaikan ceramah motivasi ini.






Orientasi dan Taklimat Tahun 1 2013




Mesyuarat Guru, Kurikulum, Ko-kurikulum, HEM dan KSSR sepanjang Disember





JOM MENGUNDI

Soal Selidik