Jumaat, 27 April 2012

~Aktiviti Yang Perlu Diberi Perhatian~

Hari ini telah diadakan mesyuarat di bilik gerakan SKSG dengan kehadiran semua guru. Perkara yang dibincangkan ialah berkenaan SKSG menjadi Pengerusi Pengelola Pertandingan Public Speaking Kelompok 7 dan Pertandingan Kompang Daerah. AJK Induk dan AJK Kerja telah dilantik serta pembahagian tugas telah diberi kepada semua guru dan staf sokongan dalam menjaya serta melicinkan program yang akan dilaksanakan.

AKTIVITI PENTING

Pertandingan 'Public Speaking' Kelompok 7  
(8 Mei 2012)
Pertandingan Kompang Daerah 
(15 Mei 2012-Cadangan)
Sambutan Hari Guru
(16 Mei 2012)

Diharap semua yang terlibat mengambil tindakan. Harap maklum. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin, 23 April 2012

~Johan Tilawah Al- Quran (L) Peringkat Negeri Perak~

20 April 2012 telah berlangsung MTQ Negeri di Daerah Manjung. Tahniah buat Adik Muhammad Isyraq Bin Shahruddin yang berjaya mengharumkan nama SK Sama Gagah kerana telah menjadi Johan Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah Prringkat Negeri Perak. Muhammad Isyraq yang berbaju biru di atas akan meneruskan perjuangan ke Peringkat Kebangsaan di Kuantan pula. Gandakan usaha pasti akan lebih berjaya. Warga SK Sama Gagah mengucapkan sekalung tahniah sekali lagi.

Isnin, 9 April 2012

~Tahniah Murid-murid SKSG~


Muhammad Isyraq bin Shahruddin murid tahun 5 - Johan Tilawah Daerah Kerian


Ketua nasyid


Menerima hadiah tempat ketiga nasyid peringkat Daerah Kerian


Tahniah anak-anak Sama Gagah...

Rabu, 4 April 2012

~Penyerahan Duit Kwamp~

29 Mac 2012 telah diadakan majlis penyerahan duit KWAMP sebanyak RM 200 seorang kepada murid yang layak. diadakan pada pukul 9 pagi di kantin SK Sama Gagah.



~Mesyuarat Tahunan PIBG~

Mesyuarat PIBG SK Sama Gagah telah diadakan pada 23 Mac 2012 bertempat di Dewan Cempaka SKSG bermula pada pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Majlis dirasmikan oleh En Mohamad Noor bin Dawoo, YDP KRISSBES. Lantikan AJK baru dibuat dan setiap yang hadir diberi sekampit beras 5 kg. Semoga apa yang dirancang dan diusulkan oleh pihak sekolah, pihak AJK dan pihak ibu bapa diambil tindakan dan menjadi kenyataan. Terima kasih kepada yang hadir dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.




~Perlawanan Bola Jaring Daerah~

22, 26 dan 30 Mac telah diadakan perlawanan bola jaring di SK Baru, Parit Buntar. SK Sama Gagah yang pada awalnya menjadi johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya. Menjadi naib johan kumpulan bagi hari seterusnya namun apabila sampai ke pusingan kalah singkir, SK Sama Gagah tewas pada SK Tebuk Panchur dengan beza 1 mata sahaja. Diharap ada peluang lagi untuk sekolah kita pada tahun hadapan. Tanamkan azam yang kuat untuk berjaya dan jadikan moto kita " Be the Best, Beat the Rest" menjadi kenyataan. Insyaallah.





~Perlawanan Bola Baling Kelompok 7~

Perlawanan Bola Baling Kelompok 7 telah diadakan di SK Kuala Gula pada 25 Februari 2012. SK Sama Gagah menyandang naib juara sahaja. Namun semangat anak-anak murid SK Sama Gagah tetap utuh. Tahniah diucapkan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...