Sabtu, 3 Oktober 2015

Lawatan Silatulrahim SK. Sama Gagah ke Rumah Warga emas

Laporan Lawatan Silatulrahim SK. Sama Gagah

 ke Rumah Warga emas

Pada tarikh 2 Oktober 2015 (Jumaat ) telah diadakan satu lawatan silatulrahim  ke rumah  (warga emas) disekitar Kampong Sama Gagah. Lawatan ini telah di anjurkan oleh unit HEM SK. Sama Gagah bahagian warga emas bersama program silatulrahim pasca UPSR untuk murid Tahun 6.  Lawatan  ini juga telah mendapat sokongan bersama dari AJK PIBG SK. Sama Gagah.
          
Lawatan ini  telah disertai seramai 14 orang murid Tahun 6 lelaki dan perempuan. Turut serta dalam lawatan ialah seramai 6 orang guru yang terdiri dari PK Pentadbiran, PK. HEM, PK KO-KO, Bendahari PIBG dan dua orang guru pengiring . Juga turut serta Pengerusi dan 2 orang AJK PIBG SK. Sama Gagah. Sebanyak  3 buah rumah yang ada warga emas telah dipilih oleh penel PIBG.
          
Sebelum bertolak ahli rombongan disajikan jamuan nasi lemak dan teh O. Murid telah diberikan taklimat ringkas tentang ciri keselamatan dan matlamat lawatan oleh PK Hem. Para ahli rombongan telah bertolak dari perkarangan sekolah  pada jam 8.00 pagi dan telah tiba di destinasi pertama pada pukul 8.30 pagi. Puan Sabariah bt. Taib warga emas berumur 72 tahun. Warga emas ini merupakan nenek Mohamad Hakim murid tahun 6. Tinggal bersama anak perempaun. Seterusnya lebih kurang pukul 9.30 pagi kami meneruskan kunjungan kerumah warga emas kedua iaitu rumah Puan Azizah bt. Othman berusia 74 tahun. Lebih mesra dengan panggilan Tok Ndak. Beliau juga dijaga oleh anak lelaki nombor 3. Akhir sekali tepat jam 10.30 pagi,  kami mengakhiri ziarah ukuwah kami di rumah Puan Aminah bt. Hasan berusia 78 tahun. Tinggal bersama anak saudara beliau. Mesra dengan panggilan Tok Ngah.
             
Kunjungan ini membawa bersama hamper sebagai sumbangan ikhlas yang telah disampaikan pada semua rumah warga emas. Juga disampaikan sumbangan wang hasil sumbangan ikhlas guru-guru SK. Sama Gagah. Kami juga disajikan dengan jamuan yang cukup meninggalkan kenangan. Murid tahun 6 diarahkan menemuramah serta beramah mesra dengan  setiap warga emas yang dikunjungi. Inilah matlamat utama kunjungan silatulrahim tersebut.
              
Ahli rombongan selamat sampai dipekerangan sekolah tepat jam 11.35 pagi. Sesungguhnya program ziarah silaturrahim ini Berjaya memberikan ilmiah pada peserta dan menjadi pedoman dan ilmu masa akan datang.


Disediakan oleh ,

......................................
(TN. HJ. KARIM ISHAK)
Setiausaha program.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...