Isnin, 25 Jun 2012

Penyampaian Hadiah PPT Semasa Perhimpunan Pagi Isnin

25 Jun 2012 - Perhimpunan mingguan telah diadakan bertempat di Dewan Cempaka, SK Sama Gagah. Setelah ucapan guru bertugas, satu mini penyampaian hadiah telah diadakan. Kedudukan peperiksaan pertengahan tahun telah diambil kira. Tujuan mini penyampaian ini adalah untuk meningkatkan lagi semangat belajar murid-murid SK Sama Gagah. Tahniah kepada yang menunjukkan potensi yang cemerlang.

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6



Ceramah Israk Mikraj

22 Jun 2012 - Ceramah israk mikraj telah diadakan peringkat sekolah. Ustaz Mohd Hafiz Bin Mohd Yazid telah memberikan ceramah pada hari tersebut. Semua murid dan guru terlibat.






Khamis, 21 Jun 2012

Merentas Desa 2012

20 Jun - bertempat di SK Sama Gagah telah diadakan program merentas desa. murid tahun 3 hingga 6 telah menyertai dengan kategori lelaki dan perempuan. Semua guru terlibat dalam menjayakan aktiviti tahunan sekolah ini. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan:-

Daftar kehadiran
Aktiviti memanaskan badan
Regangan

Gaya apa la ni...

Lari...

Merentasi parit

Cikgu Azahar turut merentas desa

Cikgu Hajar penjaga "checkpoint"

Cikgu Said memberi minuman kepada murid

Pencuci mulut selepas merentas desa... =)

Simbolik... =)

Selasa, 19 Jun 2012

Selamat Menyambut Israk Mikraj


Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Perak

16 Jun 2012 - SK Ayer Tawar telah menjadi tuan rumah pertandingan Kompang Formasi peringkat Negeri. Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Perak, Majlis berlangsung meriah. Persembahan peserta SK Sama Gagah memang terbaik namun rezeki tidak menyebelahi mereka.

Apapun jurulatih mereka, Pn Nor Hayati berasa puas hati dengan persembahan mereka dan menganggap mereka memang cemerlang kerana berjaya sehingga ke peringkat negeri. Tahniah diucapkan.

Peserta Kompang Daerah Kerian

PK Kokurikulum SK Sama Gagah

Peserta Daerah Manjung

Peserta beraksi

Menunggu giliran

Debaran semakin terasa

Menunggu keputusan

Guru pengiring - Cikgu Hajar dan Cikgu Yati

MTQ Peringkat Kebangsaan

Tahniah kepada Muhd Isyraq murid tahun 5 SK Sama Gagah kerana berjaya ke peringkat kebangsaan. MTQ yang diadakan di Kuantan Pahang baru-baru ini. Walau tidak berjaya namun anda semua tetap cemerlang. Tahniah.

Kontijen Kerian

Bersama Guru

Bersama Jurulatih

Selasa, 12 Jun 2012

Program Wakaf Buku

Minggu ini 11 - 15 Jun 2012 telah diadakan Program Wakaf Buku anjuran PSS SK Sama Gagah. Banyak buku telah disumbangkan oleh murid dan guru. Terima kasih atas sumbangan kalian. Moga PSS menjadi pusat memberi maklumat tercapai.

Pengawas PSS sedang melihat buku-buku yang diwakafkan

Antara buku yang diwakafkan sebelum dikelaskan

Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Zon Semanggol

12 Jun 2012, Selasa telah diadakan Pertandingan Program Anugerah Tokoh Nilam yang diadakan di PKG Semanggol. Peserta seramai 13 orang telah mengambil bahagian.

Nor Suzana Bt Abu Bakar peserta dari SK Sama Gagah

Peserta akan dikuarantinkan

Peserta lelaki 

Peserta bersama guru-guru
Guru-guru yang sabar menunggu peserta

Menambah rakan baru

peserta sedang makan

Sesi Berbincang

Sesi Forum dijalankan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...